Sunday 19 February 2012

PENGHIJRAHAN... ^_^

ASSALAMUALAIKUM...


Hmmm...tengok tajuk kat atas mesti dok pikir yang saya telah berpindah kan? hehehe... Sebenarnya tidak.. Ini tiada kaitan sama sekali dengan pindah rumah, sekolah atau status diri..hihihi... ^_^

Sebenarnya dalam entry kali ni, saya nak cerita tentang PENGHIJRAHAN seorang hambaNya dari yang TIDAK ELOK kepada yang LEBIH BAIK.. Alhamdulillah, di awal tahun baru ini, Allah telah membuka hatinya untuk berubah menjadi hamba yang taat kepada perintah Penciptanya...Syukur yang tidak terhingga kupanjatkan atas perubahan teman ku itu..Alhamdulillah..


Tidak perlu sebarang paksaan untuk seseorang itu berubah..Saya sendiri percaya "PERUBAHAN YANG DILAKUKAN DENGAN DRASTIK DAN KERANA SESEORANG TIDAK AKAN KEKAL LAMA" Biarlah perubahan itu dilakukan secara perlahan-lahan tapi ISTIQAMAH ( BERTERUSAN).. Pelbagai usaha telah beliau lakukan demi mendekati Allah dan mencari keredhaan Nya..Mencari seorang guru untuk mendalami ilmu Alquran beserta tafsir begitu menyentuh hati saya.. Sedikit sebanyak beliau juga telah mengubah pemakaian beliau...Ya Allah, kau permudahkan lah urusannya dalam mencari keredhaan Mu Ya Allah ..Aminn ya rabbal alamin.. All The Best My Friend!!! ^_^