Tuesday 27 December 2011

SEKEPING HATI DAN SEBUAH PERASAAN

Kadang-kala, kita akan melihat sesuatu pemandangan yang mungkin di luar jangkaan kita.Sebagai contoh, seorang isteri diuji dengan pemergian suami tercinta tanpa di duga. Disaat sanak saudara dan sahabat handai datang memberikan penghormatan terakhir kepada keluarga Allahyarham, ramai yang mungin menyangka si Isteri tadi akan menangis teresak-esak di sisi jasad suami tercinta yang telah kaku lagi dingin.

Namun, anda sebenarnya SILAP BESAR.Ternyata apa yang anda bayangkan jauh sungguh meleset. Si Isteri tadi bukan sahaja tidak menangis teresak-esak,,malah beliau juga mampu menghulurkan senyuman kepada tetamu yang sudi menziarah. Dalam kepala kita mesti pelbagai andaian yang datang.Contoh: "eh2, apsal plak si polan ni ni tak menangis? nampak biasa-biasa je,'' "ni mesti dah ada pengganti nii" "bla..bla..bla..bla..'' Kalau inilah andaian korang, Nah..sekali lagi anda telah tersilap..

Bak kata pepatah melayu. 'air yang tenang jangan di sangka tiada buaya'..Begitulah juga dengan halnya Si Isteri tadi..Pada zahirnya, anda mungkin melihat dia terseyum dan melayan tetamu yang hadir dengan baik..Namun, TSUNAMI DAN BANJIR KILAT DI DALAM HATINYA KETIKA ITU, HANYA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI. Betapa Si Isteri begitu terkejut dan merana kerana hilang tempat berpaut, bermanja, berkelahi, sahabat dan yang paling penting, hilang TEMAN HIDUPNYA selama ini..

Senyuman yang di hulurkan hanyalah sebagai tanda menghargai tetamu yang hadir dan bukanlah sebagai gambaran hatinya di saat itu.. Dan, adakalanya, senyuman itu adalah sebagai SENJATA KEKUATAN buat anak-anak yang baru  kehilangan bapa kesayangan mereka.. Bagi Si Ibu,dia tidak boleh menangis dan lemah..Ini kerana, seandainya dia lemah, anak-anak juga akan turut ikut lemah..Dia harus BANGKIT untuk meneruskan kehidupannya dan anak-anak demi merealisasikan impian allahyarham untuk melihat keluarga yang telah di binanya berjaya di dunia dan akhirat.

Di dalam tahajudnya di sepertiga malam, juraian air matanya yang lebat sudah cukup menggambarkan betapa dia begitu MERASAI KEHILANGAN ITU.  Padanya, hanya  Allah Taala sahaja yang mampu memberikannya kekuatan untuk menghadapi musibah ini..  Berpegang kepada ayat : "Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan ujian kepada hambaNya, melainkan yang hambaNya terdaya sahaja", Si ibu berusaha menjadi seorang yang kuat dan hamba yang redha dengan ujian yang di hadapi..


Semoga mereka yang diberikan Allah dengan ujian ini TABAH DAN KUAT meneruskan perjalanan yang berliku dan beronak duri. Ini kerana di hujung jalan yang menyakitkan itu ada sebuah PELANGI YANG INDAH SEDANG MENANTI..  : )

Monday 12 December 2011

KEMALANGAN

Pagi semalam sewaktu pulang dari rumah sepupuku yang melangsungkan perkahwinan di Meru,Selangor, saya dan keluarga telah terlihat satu kemalangan yang boleh dikatakan agak mengerikan. Ianya melibatkan sebuah motor dan sebuah treler.


Sewaktu kejadian, my mom bru lepas bayar tol kat highway setia alam...Tiba-tiba kereta yang dipandu my mom dalam keadaan sederhana laju menjadi perlahan ..Nah, saya dah dapat agak, mesti ada accident...Saya yang duduk di seat belakang sebelah pemandu segera menoleh ke kiri dan..terbentanglah satu pemandangan yang menyayatkan hati.

Di luar, saya melihat sebatang tubuh penunggang motorsikal yang telah kaku dalam keadaan menonggeng dan kepalanya sudah terpeleot.Dan dihadapan mayat tersebut terdapat sebuah lori tereler. Pada anggaran kami sekeluarga, penunggang terbabit mungkin memandu dalam keadaan yang terlalu hampir denagn lori tersebut, dan secara tiba-tiba lori tersebut telah break mengejut yang menyebabkan mangsa merempuh belakang lori tersebut sehingga tersujud begitu..

Sewaktu melepasi tempat kejadian, belum ramai yang ada, hanya ada sebuah peronda lebuh raya dan kedengaran siren ambulan.Orang tamai yang berada di tempat kejadian tidak berani untuk mengalihkan mangsa dari posisinya kerana pihak polis belum lagi sampai.

Sehingga ke hari ini, saya masih lagi terbayang-bayang keadaan mangsa ketika itu dan ianya membuat kan saya kembali sedar bahawa malang itu sememangnya TIDAK BERBAU. Dan bila-bila masa kita akan dijemput Illahi.

Semoga roh mangsa tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang yan beriman dan beramal soleh..aminn.. AL FATIHAH..

Saturday 3 December 2011

KITA SEMUA AKAN PULANG

KITA SEMUA AKAN PULANG??? KE MANA?? Kita semua akan pulang kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T yang berkuasa menciptakan sesuatu.Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian..Itulah janjiNya.Cepat atau lambat itu semua adalah RAHSIA.Tiada siapa pun yang mengetahui bila,di mana, dan bagaimana keadaannya saat roh mulai meninggalkan jasad.

Pada saat saya menulis entry ini, diri ini mula terkenang akan rakan-rakan dan kenalan yang terlebih dahulu menyahut seruan Illahi..Ramai di kalangan mereka yang pergi di usia muda..Ada yang menghidapi penyakit dan ada juga yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa. Allah lebih menyayangi mereka, dan oleh itu mereka DIJEMPUT terlebih dahulu dari kita semua. Dan kita semua  masih diberi KESEMPATAN oleh Allah untuk memperbanyakkan lagi amalan kita sebagai persiapan sebelum kita jua turut DIJEMPUT pada bila-bila masa sahaja.

PERJALANAN ROH MANUSIA :

ALAM ROH > RAHIM IBUNDA >ALAM DUNIA >ALAM BARZAKH > ALAM MAHSYAR > SYURGA / NERAKA

Mudah-mudahan apabila sudah sampai expired date kita kat dunia ini, kita semua akan PULANG dalam keadaan khusnol khatimah iaitu sebaik-baik penghabisan.AMINN YA RABBAL ALAMIN.. Dan buat yang telah pergi, sama-samalah kita sedekah kan Al-fatihah dan mudah-mudahan roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh..aminn..

P/S : PERKARA YANG PALING HAMPIR DENGAN MANUSIA ADALAH KEMATIAN






.

Friday 2 December 2011

JUST FOR FUN BUT STILL HAVE MORAL VALUE ^_^

TIPS KEJUT TEMAN BANGUN SOLAT SUBUH.

Masa subuh mesti ramai yang liat nak bangun kan? haha..tapi yang kesiannya yang tukang kejut tu lah..kejut bagai nak rak tapi tak bangun-bangun gak..tapi takpa untuk yang kaki kejut orang tu leh cuba tips ni..


Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially subuh..cam ni antara caranya..

... 1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…
3. Renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…
4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect
1. Jerit nama dia kuat kuat…
2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi…kalau boleh air rendam stokin korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami! tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

Still tak ada effect gak
1. Pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…
2. Pergi kat dia, baca je surah yassin!

Tapi kalau still tak ada effect gak…ni je la cara terakhir
1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya

Sumber : Majalah Gila-Gila

ape2 pun janganlah sesuatu tindakkan kita itu sampai menimbulkan pergaduhan =) banyak jalan yang kita boleh gunakan untuk mengajak orang kepada kebaikkan =)  via PenyuXP

Thursday 1 December 2011

FIRST STEP

Assalamualaikum...1 Desember 2011, buat pertama kalinya diri ini mencoretkan ayat di blog ini..Semoga akan ada lagi kesempatan untuk ku coretkan lagi bait-bait kata pada hari-hari yang mendatang..Segala yang baik datang nya dari Allah, dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri..^_^