Thursday 15 November 2012

Assalamualaikum..^_^

Seperti yang kita tahu, semakin hari usia kita semakin bertambah.Dan ini bermakna semakin dekatlah kita dengan ajal.Takde sesuatu yang bernyawa pun akan terlepas dari janji Allah ini.

Hari ni saya nak share tanda-tanda kematian yang mungkin boleh kita jadikan persediaan sebelum kembali ke sana..Insha Allah.. :-)

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering keli...
hatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap

wallahu'alam, yg confirm mati tu pasti..^_^


Sunday 14 October 2012

Assalamualaikum..^_^

Hmm.. rindunyer saya kat keluarga di shah alam.. hehehe (homesick laa ni) ;) Biasa la, bila dok jauh dari family ni, semua benda kita kena buat sendiri..Dari sinilah kita belajar berdikari dan mematangkan diri kita.. hehehe

FAMILY..adalah insan-insan yang akan sentiasa ada untuk kita samada susah mahupun senang, Bangkit mahupun jatuh..Kasih sayang yang dicurahkan adalah tulus dari hati dan bukan sekadar ucapan di bibir sahaja..

Pada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa dan keluarga, sayangilah dan hargailah mereka selagi mereka ada..Merekalah kekuatan kita untuk menempuh hidup ini.. <3 Dan pada yang telah tiada ibu bapa, doakanlah kesejahteraan mereka disana kerana doa anak yang soleh dapat menyelamatkan mereka di sana.. Insya Alah.. :)



p/s: ALONG SAYANG IBU, AYAH, ABANG, BANG NGAH, HILMAN DAN ANEESA!! <3 ^_^





Friday 14 September 2012

Niat Tidak Menghalalkan Cara

Assalamualaikum.. ;)

Untuk entry kali ni, saya nak berkongsi sedikit ilmu yang diharapkan memberi manfaat pada kita semua..Insya Allah.. ^_^

Kita selalu dengar "takpee, yang penting niatnya tu"..Hmm, mesti korang tak berapa faham kan..hehe takpe, saya beri contoh ye. Seorang perempuan menyanyi di hadapan khalayak ramai dalam sebuah majlis amal untuk anak-anak yatim..Ok,niat perempuan tersebut tu dah betul dah, iaitu nak buat amal kebajikan pada anak-anak yatim, TAPI yang salah adalah cara beliau nak buat amal kebajikan..Seperti yang kita sedia maklum, suara wanita itu adalah AURAT jika ia dilemah -lembutkan, dan dimerdukan dengan sengaja.Ini kerana ianya akan menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi ..

Namun begitu, masyarakat kita lebih gemar menggunakan cogan kata "takpeee, yang penting NIATnya tu" Hmm....tanggapan seperti inilah yang perlu kita ubah supaya batas-batas syariat tetap terjaga rapi.. Insya Allah..;)

Semoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak boleh memberi manfaat pada kita semua.Andai ada yang tersalah, harap diperbetulkan kerana saya hanya insan biasa yang tidak lepas dari kesalahan..

 Panjang umur kita jumpa lagi ye..WASALAM.. ^_^

Sunday 26 August 2012

RaYE 2012 + DeBArAN 2012

Assalamualaikum.. =)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua..;) Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang menikmati Bulan ramadhan yang barakah beserta Syawal yang mulia ni..huhu

Banyak ker dapat duet raye?? hehehe Dah pegi ziarah kawan-kawan? Saya belom berpeluang lagi nak pegi beraya rumah kawan2.heheh Insya Allah, minggu depan akan memulakan jejak.. :p



Sebenarnya tahun ni tak berapa nak feel raya sangat,sebab ada debaran yang lebih besar lagi sedang menanti 2/9 depan..Hukhuk Insya Allah, saya akan melapor diri sebagai pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ahad depan.. tu yang cuakk semacam jerr...ngeee ~  -_-''


Macam-macam terbayang kat kepala ni, mana dengan orientasinya, kawan2 baru yang bakal dikenali dan yang penting kekuatan fizikal dan mental saya sendiri untuk menempuh alam mahasiswi sekali lagi..Azam saya , semoga saya dapat menjadi lebih baik dari dulu dan bergiat aktif dalam aktiviti persatuan..hehehehe (mudah-mudahan kesampaian)aminn.. ;)

O.k, cukup setakat ni buat masa sekarang, insya Allah panjang umur kita bertemu lagi di alam maya ni..hehehe..;)

                                       
                       SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN DARI SAYA TAUTAN QASEH ^_^







Saturday 2 June 2012

Assalamualaikum..

Tanggal 25hb Mei 2012,berakhirlah tugasku sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah swasta di Shah Alam..Alhamdulillah, sepanjang berkhidmat di sana (ayat macam dah berkhidmat berpuloh tahun) hikhihi, teman-teman banyak membantu mengajar saya perkara baru..arigato.. ^_^

Walau dengan pelbagai kerenah, namun bila terpandang je wajah kanak-kanak ni, automatik hilang rasa tension kat kepala..huhu Now. i'm really miss all of them even sometimes they make me "sick" hheheh.. :)

Nak tengok wajah-wajah yang menceriakan hari saya? Sila lah turunkan mata anda ke bawah..hehehe ^_^

























































Comelkan mereka-mereka nii?? hehehhe,,, Miss u guys.. :'(