Monday 24 February 2014

ASSALAMUALAIKUM..^_^



 Waahhhhhhh... diam tak diam , dah lebih setahun tak update blog..-_-''  Terlalu "lapang" untuk update blog, ditambah dengan tugasan mengupdate blog yang dikhususkan untuk assignment..-__-

Terlalu banyak untuk diluahkan, tapi takkan la semuanya nak dihebahkan kat orang kan? Allah itu sebaik-baik tempat untuk mengadu.. ^_^

  Sebenarnya, sejak beberapa hari ini ada sesuatu yang sering menjengah di benak fikiran saya. Insha Allah dalam masa seminggu lagi saya bakal meraikan ulangtahun kelahiran yang ke....... hihi .. Namun, apa yang menjadi persoalan di fikiran saya adalah,'Adakah Saya Masih Diberi Kesempatan Untuk Bernafas Pada Tarikh Kelahiran Saya Nanti?????? ' 

Terasa diri ini begitu kerdil dan hina untuk BALIK bertemu dengan Pencipta dan Pemilik nyawa ini. :'(

Friday 18 January 2013

1st entry : 2013 ^_^

Assalamualaikum.. ^_^


Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk bernafas di tahun baru ini.. macam biasa la, bila dah masuk tahun baru, macam2 azam yang ingin di capai,samada azam lama mahupun azam baru..huhu.. Saya pon tak terkecuali.. ngee~

Mengimbau balik lipatan memori tahun 2012, terlalu banyak memori yang tak mungkin dilupakan (unless saya hilang ingatan) huhu..dan antara bitter sweet of the memories are:


1- 9 januari 2012               : 1st time bekerja

2- 7 julai 2012                   : konvo diploma

3- 11 julai 2012                 : 1st time kena tahan kat wad

4- 2 september 2012         : secara rasmi bergelar pelajar UPM (lari dari orientasi) hihihi.. ;)

5-14 disember 2012          : menerima berita pemergian ayahanda tercinta sahabat saya ( semoga beliau dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk menghadapi ujian ini)

6- 22 disember 2012         : lawatan ke rumah anak yatim (Rumah Kasih Sayang) di rawang,selangor

7- 24 disember 2012         : pemergian nenda tercinta ke hadrat Illahi

8- 31 disember 2012         : menduduki final exam yang pertama sebagai student degree.. ( cuakk habis ) huhu



 Dan dalam tahun ini juga , saya banyak menerima berita pemergian  saudara2 kita ke hadrat Illahi. Yup, itulah janji Allah yang pasti,yang mana setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..  Akhir kata sebagai permulaan tahun baru ini, sama2 kita kuatkan usaha dan azam untuk mencapai khusnol khotimah iaitu sebaik-baik pengahkiran pabila kita mati kelak..

Sekian, wasalam.. ^_^

                                                      











Thursday 15 November 2012

Assalamualaikum..^_^

Seperti yang kita tahu, semakin hari usia kita semakin bertambah.Dan ini bermakna semakin dekatlah kita dengan ajal.Takde sesuatu yang bernyawa pun akan terlepas dari janji Allah ini.

Hari ni saya nak share tanda-tanda kematian yang mungkin boleh kita jadikan persediaan sebelum kembali ke sana..Insha Allah.. :-)

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering keli...
hatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap

wallahu'alam, yg confirm mati tu pasti..^_^


Sunday 14 October 2012

Assalamualaikum..^_^

Hmm.. rindunyer saya kat keluarga di shah alam.. hehehe (homesick laa ni) ;) Biasa la, bila dok jauh dari family ni, semua benda kita kena buat sendiri..Dari sinilah kita belajar berdikari dan mematangkan diri kita.. hehehe

FAMILY..adalah insan-insan yang akan sentiasa ada untuk kita samada susah mahupun senang, Bangkit mahupun jatuh..Kasih sayang yang dicurahkan adalah tulus dari hati dan bukan sekadar ucapan di bibir sahaja..

Pada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa dan keluarga, sayangilah dan hargailah mereka selagi mereka ada..Merekalah kekuatan kita untuk menempuh hidup ini.. <3 Dan pada yang telah tiada ibu bapa, doakanlah kesejahteraan mereka disana kerana doa anak yang soleh dapat menyelamatkan mereka di sana.. Insya Alah.. :)



p/s: ALONG SAYANG IBU, AYAH, ABANG, BANG NGAH, HILMAN DAN ANEESA!! <3 ^_^





Friday 14 September 2012

Niat Tidak Menghalalkan Cara

Assalamualaikum.. ;)

Untuk entry kali ni, saya nak berkongsi sedikit ilmu yang diharapkan memberi manfaat pada kita semua..Insya Allah.. ^_^

Kita selalu dengar "takpee, yang penting niatnya tu"..Hmm, mesti korang tak berapa faham kan..hehe takpe, saya beri contoh ye. Seorang perempuan menyanyi di hadapan khalayak ramai dalam sebuah majlis amal untuk anak-anak yatim..Ok,niat perempuan tersebut tu dah betul dah, iaitu nak buat amal kebajikan pada anak-anak yatim, TAPI yang salah adalah cara beliau nak buat amal kebajikan..Seperti yang kita sedia maklum, suara wanita itu adalah AURAT jika ia dilemah -lembutkan, dan dimerdukan dengan sengaja.Ini kerana ianya akan menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi ..

Namun begitu, masyarakat kita lebih gemar menggunakan cogan kata "takpeee, yang penting NIATnya tu" Hmm....tanggapan seperti inilah yang perlu kita ubah supaya batas-batas syariat tetap terjaga rapi.. Insya Allah..;)

Semoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak boleh memberi manfaat pada kita semua.Andai ada yang tersalah, harap diperbetulkan kerana saya hanya insan biasa yang tidak lepas dari kesalahan..

 Panjang umur kita jumpa lagi ye..WASALAM.. ^_^

Sunday 26 August 2012

RaYE 2012 + DeBArAN 2012

Assalamualaikum.. =)


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua..;) Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang menikmati Bulan ramadhan yang barakah beserta Syawal yang mulia ni..huhu

Banyak ker dapat duet raye?? hehehe Dah pegi ziarah kawan-kawan? Saya belom berpeluang lagi nak pegi beraya rumah kawan2.heheh Insya Allah, minggu depan akan memulakan jejak.. :p



Sebenarnya tahun ni tak berapa nak feel raya sangat,sebab ada debaran yang lebih besar lagi sedang menanti 2/9 depan..Hukhuk Insya Allah, saya akan melapor diri sebagai pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) ahad depan.. tu yang cuakk semacam jerr...ngeee ~  -_-''


Macam-macam terbayang kat kepala ni, mana dengan orientasinya, kawan2 baru yang bakal dikenali dan yang penting kekuatan fizikal dan mental saya sendiri untuk menempuh alam mahasiswi sekali lagi..Azam saya , semoga saya dapat menjadi lebih baik dari dulu dan bergiat aktif dalam aktiviti persatuan..hehehehe (mudah-mudahan kesampaian)aminn.. ;)

O.k, cukup setakat ni buat masa sekarang, insya Allah panjang umur kita bertemu lagi di alam maya ni..hehehe..;)

                                       
                       SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN DARI SAYA TAUTAN QASEH ^_^