Monday 14 May 2012

Sekelip Mata

Assalamualaikum..

Dalam entry kali ini, saya nak berkongsi satu berita tentang kepulangan teman pejabat ibu saya ke hadrat Illahi pada 3 May 2012 bersamaan khamis malam jumaat yang lalu..

Pada hari kejadian, Allahyarham telah terlibat dengan kemalangan jalan raya..Sudah ditakdirkan, arwah meninggal ditempat kejadian..Innalillahiwainnailaihirojiuun...Sewaktu kejadian, arwah bersama anak dan 2 orang anaknya dalam perjalanan menemu ibu arwah,,namun Allah lebih menyayangi arwah..tinggal beberapa meter je lagi..Sewaktu kemalangan, orang ramai yang membantu amat tersentuh hati dengan rayuan anak sulung arwah yang asyik berkata.: " Abahh...Abah jangann la matii...Abahh..jangan laa matii..." dan dia terus mengulangi kata-kata tersebut...Ianya benar-benar menyentuh hati sesiapa  sahaja yang mendengarnya..Allahuakbar...

Selepas dibawa ke hospital tengku ampuan rahimah Klang, isteri arwah terus tidak sedarkan diri dan beliau juga masih belum diberitahu tentang  pemergian suami tercinta..Bertapa payahnya nak memberitahu perkara yang sebenar,terutama tatkala itu isteri arwah sedang hamil 3 bulan..Allahuakbar.. Sewaktu selesai mengkafankan jenazah di hospital, barulah isterinya dibawa untuk melihat jenazah... Subhanallah, suasana di saat itu sangat menyayat hati semua yang ada dalam bilik mayat itu.. Isterinya yang patah leher terpaksa memakai alat penyokong leher..Dalam keadaan bersusah payah, isterinya tetap berusaha untuk mengucup jasad suami tercinta buat kali terakhir..Ianya benar-benar menyentuh hati sehinggakan doktor Cina yang merawat beliau turut mengalirkan air mata melihat babak menyayat hati ini.. Ya Allah, berilah kekuatan kepada isteri almarhum dan anak-anak (especially yg bakal lahir nanti) untuk menempuh ujian yang Kau berikan Ya Allah..aminn aminn Ya Rabbal Alaminn...


Selepas itu, jenazah dibawa pulang ke kampung halaman beliau di Melaka untuk dikebumikan..Semoga roh Allahyarham Muhd Nuriman dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..aminn..


                                                                AL-FATIHAH..