Friday 14 September 2012

Niat Tidak Menghalalkan Cara

Assalamualaikum.. ;)

Untuk entry kali ni, saya nak berkongsi sedikit ilmu yang diharapkan memberi manfaat pada kita semua..Insya Allah.. ^_^

Kita selalu dengar "takpee, yang penting niatnya tu"..Hmm, mesti korang tak berapa faham kan..hehe takpe, saya beri contoh ye. Seorang perempuan menyanyi di hadapan khalayak ramai dalam sebuah majlis amal untuk anak-anak yatim..Ok,niat perempuan tersebut tu dah betul dah, iaitu nak buat amal kebajikan pada anak-anak yatim, TAPI yang salah adalah cara beliau nak buat amal kebajikan..Seperti yang kita sedia maklum, suara wanita itu adalah AURAT jika ia dilemah -lembutkan, dan dimerdukan dengan sengaja.Ini kerana ianya akan menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi ..

Namun begitu, masyarakat kita lebih gemar menggunakan cogan kata "takpeee, yang penting NIATnya tu" Hmm....tanggapan seperti inilah yang perlu kita ubah supaya batas-batas syariat tetap terjaga rapi.. Insya Allah..;)

Semoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak boleh memberi manfaat pada kita semua.Andai ada yang tersalah, harap diperbetulkan kerana saya hanya insan biasa yang tidak lepas dari kesalahan..

 Panjang umur kita jumpa lagi ye..WASALAM.. ^_^

No comments:

Post a Comment