Saturday 3 December 2011

KITA SEMUA AKAN PULANG

KITA SEMUA AKAN PULANG??? KE MANA?? Kita semua akan pulang kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T yang berkuasa menciptakan sesuatu.Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian..Itulah janjiNya.Cepat atau lambat itu semua adalah RAHSIA.Tiada siapa pun yang mengetahui bila,di mana, dan bagaimana keadaannya saat roh mulai meninggalkan jasad.

Pada saat saya menulis entry ini, diri ini mula terkenang akan rakan-rakan dan kenalan yang terlebih dahulu menyahut seruan Illahi..Ramai di kalangan mereka yang pergi di usia muda..Ada yang menghidapi penyakit dan ada juga yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa. Allah lebih menyayangi mereka, dan oleh itu mereka DIJEMPUT terlebih dahulu dari kita semua. Dan kita semua  masih diberi KESEMPATAN oleh Allah untuk memperbanyakkan lagi amalan kita sebagai persiapan sebelum kita jua turut DIJEMPUT pada bila-bila masa sahaja.

PERJALANAN ROH MANUSIA :

ALAM ROH > RAHIM IBUNDA >ALAM DUNIA >ALAM BARZAKH > ALAM MAHSYAR > SYURGA / NERAKA

Mudah-mudahan apabila sudah sampai expired date kita kat dunia ini, kita semua akan PULANG dalam keadaan khusnol khatimah iaitu sebaik-baik penghabisan.AMINN YA RABBAL ALAMIN.. Dan buat yang telah pergi, sama-samalah kita sedekah kan Al-fatihah dan mudah-mudahan roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh..aminn..

P/S : PERKARA YANG PALING HAMPIR DENGAN MANUSIA ADALAH KEMATIAN






.

No comments:

Post a Comment