Monday 12 December 2011

KEMALANGAN

Pagi semalam sewaktu pulang dari rumah sepupuku yang melangsungkan perkahwinan di Meru,Selangor, saya dan keluarga telah terlihat satu kemalangan yang boleh dikatakan agak mengerikan. Ianya melibatkan sebuah motor dan sebuah treler.


Sewaktu kejadian, my mom bru lepas bayar tol kat highway setia alam...Tiba-tiba kereta yang dipandu my mom dalam keadaan sederhana laju menjadi perlahan ..Nah, saya dah dapat agak, mesti ada accident...Saya yang duduk di seat belakang sebelah pemandu segera menoleh ke kiri dan..terbentanglah satu pemandangan yang menyayatkan hati.

Di luar, saya melihat sebatang tubuh penunggang motorsikal yang telah kaku dalam keadaan menonggeng dan kepalanya sudah terpeleot.Dan dihadapan mayat tersebut terdapat sebuah lori tereler. Pada anggaran kami sekeluarga, penunggang terbabit mungkin memandu dalam keadaan yang terlalu hampir denagn lori tersebut, dan secara tiba-tiba lori tersebut telah break mengejut yang menyebabkan mangsa merempuh belakang lori tersebut sehingga tersujud begitu..

Sewaktu melepasi tempat kejadian, belum ramai yang ada, hanya ada sebuah peronda lebuh raya dan kedengaran siren ambulan.Orang tamai yang berada di tempat kejadian tidak berani untuk mengalihkan mangsa dari posisinya kerana pihak polis belum lagi sampai.

Sehingga ke hari ini, saya masih lagi terbayang-bayang keadaan mangsa ketika itu dan ianya membuat kan saya kembali sedar bahawa malang itu sememangnya TIDAK BERBAU. Dan bila-bila masa kita akan dijemput Illahi.

Semoga roh mangsa tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang yan beriman dan beramal soleh..aminn.. AL FATIHAH..

No comments:

Post a Comment