Tuesday 27 December 2011

SEKEPING HATI DAN SEBUAH PERASAAN

Kadang-kala, kita akan melihat sesuatu pemandangan yang mungkin di luar jangkaan kita.Sebagai contoh, seorang isteri diuji dengan pemergian suami tercinta tanpa di duga. Disaat sanak saudara dan sahabat handai datang memberikan penghormatan terakhir kepada keluarga Allahyarham, ramai yang mungin menyangka si Isteri tadi akan menangis teresak-esak di sisi jasad suami tercinta yang telah kaku lagi dingin.

Namun, anda sebenarnya SILAP BESAR.Ternyata apa yang anda bayangkan jauh sungguh meleset. Si Isteri tadi bukan sahaja tidak menangis teresak-esak,,malah beliau juga mampu menghulurkan senyuman kepada tetamu yang sudi menziarah. Dalam kepala kita mesti pelbagai andaian yang datang.Contoh: "eh2, apsal plak si polan ni ni tak menangis? nampak biasa-biasa je,'' "ni mesti dah ada pengganti nii" "bla..bla..bla..bla..'' Kalau inilah andaian korang, Nah..sekali lagi anda telah tersilap..

Bak kata pepatah melayu. 'air yang tenang jangan di sangka tiada buaya'..Begitulah juga dengan halnya Si Isteri tadi..Pada zahirnya, anda mungkin melihat dia terseyum dan melayan tetamu yang hadir dengan baik..Namun, TSUNAMI DAN BANJIR KILAT DI DALAM HATINYA KETIKA ITU, HANYA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI. Betapa Si Isteri begitu terkejut dan merana kerana hilang tempat berpaut, bermanja, berkelahi, sahabat dan yang paling penting, hilang TEMAN HIDUPNYA selama ini..

Senyuman yang di hulurkan hanyalah sebagai tanda menghargai tetamu yang hadir dan bukanlah sebagai gambaran hatinya di saat itu.. Dan, adakalanya, senyuman itu adalah sebagai SENJATA KEKUATAN buat anak-anak yang baru  kehilangan bapa kesayangan mereka.. Bagi Si Ibu,dia tidak boleh menangis dan lemah..Ini kerana, seandainya dia lemah, anak-anak juga akan turut ikut lemah..Dia harus BANGKIT untuk meneruskan kehidupannya dan anak-anak demi merealisasikan impian allahyarham untuk melihat keluarga yang telah di binanya berjaya di dunia dan akhirat.

Di dalam tahajudnya di sepertiga malam, juraian air matanya yang lebat sudah cukup menggambarkan betapa dia begitu MERASAI KEHILANGAN ITU.  Padanya, hanya  Allah Taala sahaja yang mampu memberikannya kekuatan untuk menghadapi musibah ini..  Berpegang kepada ayat : "Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan ujian kepada hambaNya, melainkan yang hambaNya terdaya sahaja", Si ibu berusaha menjadi seorang yang kuat dan hamba yang redha dengan ujian yang di hadapi..


Semoga mereka yang diberikan Allah dengan ujian ini TABAH DAN KUAT meneruskan perjalanan yang berliku dan beronak duri. Ini kerana di hujung jalan yang menyakitkan itu ada sebuah PELANGI YANG INDAH SEDANG MENANTI..  : )

No comments:

Post a Comment